Sunday, April 11, 2010

Saya buat comic sendiri. Dalam kelas hanya saya sorang saje yang reti melukis. Ramai member sekelas suruh saya lukiskan Optimus Prime, El Tigre, Ben 10 dan Iron Man. Tapi kalau nak saya lukiskan kena bayarla...takkan free kot. Bayaran tu untuk masa yang saya habiskan untuk melukis karekter kartun yang mereka mahu..adilkan...kalau member-member yang baca blog saya dan nak cadangkan apa-apa pada saya. Dipersilakan..tapi cadangannya mestilah cadangan yang membina....membina minda.

Mama saya memang menggalakkan saya melukis sejak saya masih kecik lagi. Mama saya cakap kalau nak lukis kartun tu boleh..tapi lebih bagus kalau dapat lukis kartun ciptaan kita sendiri. Barulah asli..tapi tak kisah la tu...saya masih belum dapat ilham lagi.....

1 comment: