Tuesday, April 20, 2010

SAYA SUKA MAIN GAME MEMANDU KAPAL, KERETA DAN KAPAL TERBANG. SAYA MEMANG SUKA GAME YANG ADA ACTION. SERONOK DAPAT BAWAK KAPALTERBANG DALAM KOKPIT ATAU FLIGHT SIMULATOR. RASA MACAM BAWAK KAPALTERBANG BETUL.SAYA SELALU MAIN GAME KAT Y8 DAN Y3. SAYA HARAP SAYA JADI PILOT.
SAYA JUGA SUKA MELUKIS KAPAL LAUT, KAPAL SELAM, KERETAPI DAN KAPAL TERBANG SEJAK SAYA MASIH KECIL LAGI.SEMUA LUKISAN YANG SAYA LUKIS TU, SAYA MASIH SIMPAN LAGI. KALAU KAWAN-KAWAN NAK TENGOK BOLEHLA DATANG RUMAH.

Friday, April 16, 2010


dalam kelas, sayala juara main badminton.saya dh jadi juara daripada saya darjh 2,3,4 dan 5.saya ada pingat2 badminton.kat sekolah siapa tak kenal saya,semua kenal saya.saya lawan darja
6 bukan diorang yang menang tapi saya yang menang.saya selalu berangan nk jadi macam lee chong wei.saya memang nk jadi pemain badminton malaysia.
saya memang suka main badminton ,sedangkan cikgu kat sekolah pon kalah dengan saya.

saya ni kadang2 panas baran, kadang2 terlebih lembut,hehehe!!!!!
ni saya ada satu cerita, ini kisah benar tau!
cerita hantu. Satu hari masa balik ke kampong, kami sampai lebih kurang pukul 2 pagi. Sampai rumah nenenk, saya terus tidur sebab mengantuk. Mama saya, ayah saya dan kakak-kakak belum tidur lagi, tiba-tiba mereka terdengar suara cik pon/pontianak mengilai......kuat dan serammmm bunyinya. Bunyinya betul-betul di pokok nangka sebelah ruang tamu tempat kami tidur. Mama saya kata mungkin cik pon tu mengikut kami hingga ke rumah nenek. Tau-tau ajelah pagi-pagi buta tu. L.agipon kat kampong kan,memangla banyak hantukan. Esoknya baru kakak saya cerita kat saya. Moral of the story ialah......nasib baik saya dah tidur. Kalau tak..tentu saya tidur celah ketiak abah saya...he..he..he

Monday, April 12, 2010


Ini gambar saya bersama adik saya Airiel. Umur dia 3 tahun. Masa ni dia baru bangun dari tidur. Airiel ni kadang2 nakal jugak, dia suka tengok cerita Ben 10, Spongebob dan Pocoyo. Kalau dengar lagu Spongebob..masa tidurpun gerenti bangun. Kami sekeluarga amat sayang padanya.

Sunday, April 11, 2010

Saya buat comic sendiri. Dalam kelas hanya saya sorang saje yang reti melukis. Ramai member sekelas suruh saya lukiskan Optimus Prime, El Tigre, Ben 10 dan Iron Man. Tapi kalau nak saya lukiskan kena bayarla...takkan free kot. Bayaran tu untuk masa yang saya habiskan untuk melukis karekter kartun yang mereka mahu..adilkan...kalau member-member yang baca blog saya dan nak cadangkan apa-apa pada saya. Dipersilakan..tapi cadangannya mestilah cadangan yang membina....membina minda.

Mama saya memang menggalakkan saya melukis sejak saya masih kecik lagi. Mama saya cakap kalau nak lukis kartun tu boleh..tapi lebih bagus kalau dapat lukis kartun ciptaan kita sendiri. Barulah asli..tapi tak kisah la tu...saya masih belum dapat ilham lagi.....


















Saturday, April 10, 2010